Assalamualaikum dan salam sejahtera geng-geng rider dan driver semua. Kalau korang cari makan bawa Grab, Foodpanda, Lalamove, atau ShopeeFood, korang mesti tahu perit jerih kerja jalanan ni macam mana. Hujan panas tu satu hal, lubang atas jalan dengan driver lain yang bawa kereta macam masuk litar F1 tu lagi satu hal.

Kita ni kerja sendiri, mana ada boss atau HR department nak tolong cover MC atau bil klinik kalau accident. Sebab tu la wujudnya SOCSO SKSPS (Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri).

Baru-baru ni bising orang sembang pasal “SOCSO 24 Jam” la, wajib carum la. Mesti korang pening kan? Mai sini abang tolong explain apa benda SKSPS ni, berapa kena bayar, dan betul ke berbaloi untuk masa depan kita.

SKSPS vs Skim 24 Jam (Jangan Keliru!)

SKSPS ni bawah PERKESO, khas untuk lindung orang kerja sendiri macam kita. Nama rasmi dia untuk pekerja gig adalah LINDUNG KENDIRI.

Habis tu, apa benda Skim 24 Jam (SKBBK) tu?

Haa, abang nak jelaskan. Skim 24 Jam yang baru launch pertengahan 2026 tu sebenarnya untuk pekerja makan gaji (bawah Akta 4).

Kita yang bawa e-hailing atau p-hailing ni jatuh bawah Akta 789 (SKSPS). SKSPS ni akan cover korang sepanjang masa korang tengah buat kerja. Maksudnya, dari saat korang on je app Grab atau Foodpanda tu, sampailah korang hantar barang last dan on the way balik rumah, korang dilindungi. Kalau accident masa tengah cuti duduk rumah tengok Netflix, yang tu SKSPS tak cover lah ya.

Berapa Kena Bayar? (Kadar SKSPS 2026)

Benda ni bukan tolak bulan-bulan macam pekerja ofis. Korang bayar sekali je untuk cover setahun terus. Ada 4 pelan korang boleh pilih ikut bajet poket:

  • Pelan 1: RM157.20 / setahun (Jatuh la dalam RM13.10 sebulan) 
  • Pelan 2: RM232.80 / setahun (RM19.40 sebulan) 
  • Pelan 3: RM442.80 / setahun (RM36.90 sebulan) 
  • Pelan 4: RM592.80 / setahun (RM49.40 sebulan) 

Berita baik untuk 2026: Bawah Belanjawan 2026 (SPS Padan Caruman), kerajaan ada bagi subsidi sampai 70% untuk rider yang baru nak daftar! Bayangkan, bayar ciput je untuk tahun pertama tapi cover ratusan ribu.

Berbaloi Ke Tak Abang?

Tanya kawan-kawan yang pernah jatuh motor. Sekali masuk hospital, simpanan setahun boleh habis bro. Setakat bayar RM157.20 setahun tu memang sangat-sangat berbaloi. Ini apa yang korang boleh claim:

  1. Elaun MC (Hilang Upaya Sementara): Kalau doktor bagi MC 4 hari ke atas sebab accident masa kerja, PERKESO akan bayar elaun harian dari RM30.00 sampai RM105.33 sehari (bergantung pada pelan mana korang ambil). Dapatlah buat beli beras masa tengah sakit tu. 
  2. Rawatan Perubatan: Boleh claim balik duit klinik atau hospital.
  3. Hilang Upaya Kekal: Kalau cedera teruk sampai tak boleh kerja selamanya, ada bayaran sekaligus (pukal) atau pencen bulanan.
  4. Pencen Orang Tanggungan: Minta simpang la, tapi kalau rider meninggal masa kerja, isteri dan anak-anak (bawah 21 tahun) akan dapat pencen bulanan. Boleh la tolong cover belanja dorang. 

Macam Mana Nak Claim?

Kalau malang tak berbau masa tengah on-job:

  1. Pergi Klinik/Hospital: Dapatkan rawatan terus. Simpan semua resit ori dan pastikan dapat MC dari doktor yang sah (wajib 4 hari ke atas untuk claim elaun). 
  2. Kumpul Bukti: Simpan report polis, video dashcam/helmet cam, dan paling penting screenshot app gig korang yang tunjuk korang tengah buat kerja (tengah pickup atau deliver).
  3. Hantar Borang: Boleh pergi kaunter PERKESO berdekatan atau lagi senang, guna je Aplikasi Prihatin untuk hantar claim.

⚠️ Pesanan Penaja: Check Website Rasmi!

Dasar kerajaan ni kadang-kadang boleh berubah. Info abang tulis ni tepat untuk tahun 2026. Tapi sebelum buat apa-apa, sentiasa rujuk info, syarat dan borang terkini dekat website rasmi PERKESO di perkeso.gov.my.

Mudahkan Kerja Cukai Korang Guna Gig Log App

Setiap kali korang bayar SOCSO SKSPS atau isi minyak, itu semua dikira perbelanjaan bisnes! Bila tiba bulan Mac nak isi e-Filing LHDN, mesti kelam-kabut cari resit kan?

Lepas ni, jadikan rutin guna Gig Log App. App ni khas untuk orang gig macam kita. Dia pakai database offline, maksudnya takkan makan bateri phone korang sebab dia tak pakai sistem GPS tracking dekat background. Data korang pun selamat dalam phone tu je.

Lepas habis shift, luang masa seminit dua untuk key-in income hari tu, kos minyak, servis motor, dan bayaran SOCSO/EPF korang. Hujung tahun, Gig Log App akan auto-generate report cantik punya. Korang tinggal salin total tu masuk sistem LHDN. Kerja gig di jalan raya dilindungi SKSPS, kerja rekod duit dilindungi Gig Log!