Tentang Kami
Built for Independence. Designed for Reality.
Mileage tracker yang dibina oleh rider, untuk rider.
Misi Kami:
Gig Log App adalah produk dari Cypher Novus PLT. Kami bukan sekadar developer; kami adalah sebahagian daripada komuniti gig di Malaysia. Kami faham susah payah korang, mengharungi kos sara hidup yang meningkat dan permintaan yang tak menentu. Kami bosan tengok ramai rider terpaksa hadap paperwork yang rumit atau guna software yang tak mesra dengan persekitaran Malaysia. Sebab tu kami bina tool ni—untuk bantu korang. Dalam dunia gig yang mencabar ni, kita jaga sesama kita, macam brother
Kepercayaan Kami: Data Korang, Hak Korang.
Kami pegang prinsip kedaulatan data. Kami tak jejaki lokasi korang, dan kami tak simpan rekod perjalanan korang kat server luar. Semuanya tersimpan selamat dalam phone korang sendiri.
Dibina untuk Efisiensi. Direka untuk Privasi.
Kebanyakan app mileage lain guna sistem cloud yang berat dan tak relevan dengan keperluan rider di Malaysia. Kami pilih jalan lain. Kami adalah app pertama yang direka khas untuk rider di Malaysia, dengan rekaan ‘offline-first’ yang membuang kos server yang membazir.
Hasilnya? App yang lebih laju, jimat bateri, dan data peribadi korang kekal selamat dalam phone sendiri. Kelebihan ni kami bagi balik kat korang—kami sediakan reporting yang LHDN-ready. Ianya sangat mudah untuk urusan e-Filing dan pengiraan Capital Allowance yang boleh jimatkan ribuan ringgit hasil pendapatan korang setiap tahun. Harga pun sangat masuk akal, memang sesuai untuk bajet rider.
Harga yang Masuk Akal:
Kami tak percaya pada “subscription fatigue.” Kami tawarkan tool tahap profesional dengan harga kurang daripada kos sebungkus Nasi Lemak sehari.